Norazzatulakmarisha@}--

shaa menulis novel ?
Monday, November 22, 2010 | 2 comment(s)
sounds weird rite ? haha but do i care . just for fun only . huhuu :) tajuk novel tu pun shaa ta bg nme lg . no idea lahh . so sesape yg rse byk idea uh , bgtw lah yea . cuti sekolah yg membosankan nie shaa byk luangkan masa tulis novel jea . dlu ade jgk tulis tp dkt comp . comp tu ade virus , so ble bkak je dye hang :( so bia je lahh . da byk tw shaa tulis . haha men tules jee . dont know whether is correct or not . shaa mmg minat menulis . and i hope that one day i'll be a writer ! like my teacher . im proud of u lah :D na kte berbakat tu tde laa . nnt owg kte puji dri sndri pla kan . so tpulang la kpd korang na ckp cne tp shaa na tegaskan lg sekali yg shaa buat semua nie just for fun , and mybe utk hilangkan kebosanan je . haih actly shaa nga menghitung hari na pegi masa petak a.k.a times square . bole jd gle kalau spnjang cuti nie just duk uma , pening melayan kerenah adekku yg agak ngeng .

shaa sje na mintak pndapat korang , okay ta shaa buat ? hahaha . kalau da singgah cni tu rjen2 kan la diri bce ye . dun worry , shaa ta minta sbarang charge pun :) *tunjuk ckt je kay . byk2 segann , hee

Pagi ini Alisa pergi ke sekolah dengan tergesa-gesa. Hari ini dia bangun lambat. Akibatnya dia ketinggalan bas sekolah. Dia terpaksa berjalan kaki ke sekolah. Dengan peluh di muka dan kasut yang belum diikat dia terus meluru masuk ke dalam sekolah. Pengawas yang bertugas menjaga di situ sudah sedia dengan buku catatannya. Mahu atau tidak, Alisa terpaksa memberikan namanya kepada pengawas teersebut. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah.
‘ Semua ni sebab aku. Siapa suruh aku bangun lewat! Tak pasal-pasal lepas ni kena kutip sampah lepas ni. Bencilah! ’
Selepas dia mengumpulkan sepuluh sampah yang dikehendaki, dia terus meluru masuk ke dalam kelas. Tertera nama kelasnya 4 Kenanga di pintu masuk. Tanpa melengahkan masa, dia terus mengetuk pintu dan masuk ke dalam kelasnya. Matematik tambahan adalah subjek pertama pada hari itu. Jika tidak kerana subjek itu, sudah tentu dia malas pergi ke sekolah hari ni. Masakan tidak subjek itulah subjek yang paling lemah. Alisa selalu mendapat markah yang boleh dikatakan cukup-cukup makan.
“ Nur Alisa Azman , kenapa hari ini kamu lambat? ” Soal Cikgu Aida yang merupakan guru kelasnya itu.
“ Maaf cikgu, saya bangun lambat, ” Alisa tidak berani mengangkat mukanya.
“ Lain kali jangan lambat. Saya dah bagi tahu semalam, hari ni saya nak mulakan tajuk yang baru, ” Nada Cikgu Aida kedengaran tegas.
“ Ye saya tahu cikgu. Maafkan saya, ” Suaranya bergetar menahan malu. Pada saat itu rakan-rakan sekelasnya yang lain semua memandang ke arahnya. Ada yang tersenyum sinis, ada yang bersimpati dan mungkin ada yang menyindirnya!
“ Baiklah kali ini saya maafkan. Lain kali bila kelas saya, saya tak mahu awak atau sesiapa di dalam kelas ni masuk lambat, ”
Bunyi loceng menandakan kelas matematik tambahan pada pagi itu tamat  dan rakan-rakan Alisa terus menuju ke tempatnya.
“ Kenapa kau lambat? ” Tanya Suhaila.
“ Aku bagun lambatlah, “ Acuh tak acuh dia menjawab. Sememangnya ‘mood’ dia sudah hilang gara-gara pergi ke sekolah lambat dan terpaksa mengutip sampah. Bukan itu sahaja, dia juga terpaksa menahan malu apabila ditegur oleh Cikgu Aida tadi.
“ Lisa, kau janganlah macam ni. ‘chill’ sikit, “ Kata kawannya yang memakai baju berwarna kuning, Hanis.
“ Yelah aku ‘chill’ ni, “ Alisa tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya. Comel! Wajah Alisa persis wajah ayahnya. Dia mempunyai wajah yang biasa. Mungkin disebabkan lesung pipitnya itu membuatkan dia kelihatan menarik.
*****

hahaha mmg mengarut !

btw td shaa kne mara ngn mak . adoy , gara2 careless ! serve ur rite ! hahaha *stupid !






Older Post . Newer Post