Norazzatulakmarisha@}--

time to go out !
Thursday, November 25, 2010 | 0 comment(s)
salam readers <3 cewahh macam ramai je yang nak baca . maklumlah follower sudah agak ramai . hahaha banyak la sangat :P okay hari nie memang penat yang amat . mula-2 pergi daftar dekat pusat tuisyen . nak daftar pun memakan masa bhaii . nak pilih hari apa semua tu ingat senang kaa ? then dalam pukul 11.30 macam tu , shaa and cik nisya pun decide-kan yang kitorang amik hari isnin , selasa , rabu and sabtu . bila dah selesai daftar and buat pembayaran , kitorang pergi ke central market *tumpang masuk tandas . lepas tu pergi makan dekat kedai mamak . yeah tira , i miss that moment yang kita pergi 3 orang sampai sesat tu . haihh :) pergi kedai mamak hanya untuk order air limau je . adoyy *not me okay , haha . then round-2 pergi lah ke stesen lrt masjid jamek dan turun ke hang tuah . lepas tu tunggu bf nisya . haihh lambat ! lepastu pergi lah ke time square . adoy rasa malas nak pergi tau ! mood memang bangang time tuu *sorry nisya :( lepastu pergi ke tempat bowling . bising gila ! da la hati tengah panas , bukak lagu kuat-2 . untuk menyejukkan hati yang tengah panas , aku pun pergi lah beli ice blended *mocca :') then aku rasa nak bersendirian nak tenangkan hati yang memang tegang . so pergi lah jalan sorang-2 . tiba-2 aishah nak ikut sekali . dia pun time tu tengah ada problem . jalan ngan dia then tiba-2 terjumpa balik dengan kawan-2 dia . kitorang jalan sekali lepastu aku duduk kejap *saje nak tengok pokok krismas :) lepastu diorang nak gerak . ingatkan nak tunggu aku tapi tak . haihh aku duduk sorang-2 lah kat situ sambil layan perasaan . ada la sepasang suami isteri berbangsa arab duduk sebelah aku . boleh pulak bertepuk tampar . eh kau tau tak bising ! aku nak tenangkan diri pun susah . nak sound tapi aku tak reti cakap arab . kalau setakat nombor dalam bahasa arab tu reti lahh . nak je aku penampar sekali . lepastu diorang blah . fuhh lega . then sambung balik layan perasaan and suddenly aku menangis . hahaha bodoh kan . lantak laa peduli apa . time tengah nangis tu , aku tak sangka lah yang ada seorang mamat nie tengok aku nangis . hahaha ape laa . bila dia datang dekat baru aku perasan and cepat-2 aku lap dengan shawl . dia macam nak tegur *tak tau la kut aku yang perasan ke apa . tapi dari cara dia macam tu laa . lepastu aku dah pandang semacam terus dia blah *dia takut tengok singa betina nie , haha . dalam hati 'haih tak boleh jadi , dah nak dekat 1 hour aku asyik tercongok je . aku pun dah agak bosan and mood aku agak stabil , aku terus cari nisya and jalan-2 cari pasal shawl . aku nak beli baju tapi entahlah malas la pulak . lastly aku beli pashmina :) dalam pukul 4 gerak balik rumah . adoy kaki aku memang sakit sebab jalan jauh . hey jauh ok ! time nak tunggu lrt ke bukit jalil , terserempak lah dengan syafiq and hisyam . bapak aihh sombong gila . korang takkan tak kenal aku ? ouh aku tau nie mesti kes tak cam sebab aku lawa sangat :P hahaha kidding :) sampai uma pukul 6 lebih . balik kena berleter but its ok dah biasa . hahaha . anyway aku happy hari nie . thanks for nisya , aishah , acap and amy :)


muke skit aty !


u always happy :')


aishah , ily :)


kak , na ice blended satu ! 


pelbagai jenis gelang ade . pilih2 murah2 :)


happy annivessary yea korang . hope korang kekal . aku nie ta tw la , haihh


stupid la spe yg tgkap nie !


u always make me happy :)


ape aku buat ? betulkan seluar ke ? haha ngenggg




Older Post . Newer Post