Norazzatulakmarisha@}--

my first anniversary
Saturday, July 2, 2011 | 0 comment(s)
السلام عليكم , bismillahirrahmanirrahim

*sambungan post sebelum ni



segala percaturan hidup aku berubah . yee kerana kehadirannya aku mula berasa diri disayangi . sebelum ini selain daripada keluarga , tiada seorang pun yang boleh membuat aku tidak keruan seperti ini .

tepat . dia adalah orang yang pertama singgah di hati aku .

masa silih berganti . pelbagai dugaan yang kami tempuhi dan pada mulanya aku tidak pernah menjangka yang hubungan aku dan dia akan bertahan selama ini .

kalau nak diceritakan memang tak habislah kan . pokok pangkalnya memang macam2 aku lalui bersama dia . tak kiralah dari keluarga , saudara dan bekas2 tak rasmi .

dia mengajar aku tentang erti sebuah hubungan . dialah pembangkit semangatku tika susah . dia sering bersabar dengan kerenahku yang kadangkala seperti kebudak-budakan .

aku akui sukar untuk aku lenyapkan perasaan yang sudah lama bertapak di hati . kuat sampaikan aku sendiri tidak mampu menafikannya .

mungkin selama ini aku seperti tidak menghargai apa yang dia lakukan tapi percayalah setiap apa yang berlaku semuanya aku hargai .

hari ini sepatutnya menjadi hari yang paling indah dan bermakna buat kami tetapi semuanya porak peranda . entah di mana silapnya . aku atau dia yang mulakan ?

aku cubaa untuk  mengukir senyuman . semua itu hanyalah palsu . palsu semata2 . aku tetap sedih mengenangkan dia .

aku tidak merasakan hari ini adalah hari yang indah . hari ini aku terasa pahit semuanya . aku cuba telan kepahitan . sedikit demi sedikit ianya pulih .

tabahkan hati risha .

to mr . MF ,
terima kasih kerana telah sabar melayani kerenah sayang selama ni . terima kasih kerana sudi menjadi teman hati sayang . terima kasih kerana sanggup berkorban . dan terima kasih kerana menyayangi sayang .

# in all the world , there is no heart for me like yours . in all the world , there is no love for you like mine





\ the best moment ever /

iloveyou muaz fakhruddin <3




Older Post . Newer Post