Norazzatulakmarisha@}--

Kenangan di pusat tuisyen kasturi
Thursday, October 13, 2011 | 0 comment(s)
السلام عليكم ,

Hmmm hari ni aku tersangat sangatlah sedih bila melangkah keluar dari kasturi (ptk) . Banyak benda yang aku belajar dari situ. Bukan setakat belajar ilmu sahaja tapi aku dapat belajar hidup dengan lebih berdikari Haha bunyi macam tak berapa kena kan. Actually, sebelum ni aku memang tak reti nak naik bas rapid and fyi aku tak tahu pun jalan nak balik rumah . Dengan erti kata lain , aku belum mahir lagi jalan2 dekat kL ni. Ok now aku boleh show off sikit lah kan, aku da pandai naik bas. Lepastu bukan pakai duit, pakai kad Touch 'n' Go. Haha tu semua pun hasil tunjuk ajar dari pekerja rapidkl jugak . Thanks pakcik!

Dah stop merepek. Tujuan aku meng-update blog ni hanya satu. Sebab aku nak luahkan betapa sedihnya aku rasa nak tinggalkan tempat tuisyen. Bukan nak menggedik bagai tapi aku terasa yang bila aku dah tak tuisyen, means spm is around the corner. So now i must be get ready. Tak boleh main2. Time buka sekolah hari rabu tu pun cikgu ada cakap, "inilah penentuan hala tuju kamu lepas ni. Dari tadika sampai tingkatan 5 inilah hasil yang akan kamu dapat daripada apa yang kamu usaha,"

Aku mula rasa nak menangissss )':

Sebab tahu tak aku selalu cakap dekat kawan2 aku, korang pernah terfikir tak kalau result tak bagus korang nak pergi mana lepas ni ? Aku selalu fikirkan masa depan aku. Aku takut aku tak dapat hidup menjadi seorang dewasa selepas ni sebab aku terasa yang aku belum bersedia dan mampu untuk pikul tanggungjawab yang lebih besar! *okay dah aku rasa macam dah mengarut. Dah macam masuk tajuk nak mendirikan rumah tangga pulak -.-

Buzzzzzzzzzzzz!!

Aku nak cerita pasal keistimewaan cikgu2 tuisyen aku.

Science - Cikgu Zaidi : Cikgu yang suka buat lawak and lawak dia best 'sometimes' haha . Yang paling aku ingat sekali perkataan untuk cikgu ni,

" ok class , zymase ke zaidi ? "

*suka meng-confusekan orang dan kadang2 aku pergi cakap yang salah. e.g anopheles atau anak polis ? aku jawab dengan selamba tapi kuat , anak polisssss . Hihi :'> peace

Akaun - Mr. Poon : Ok cikgu ni garang. Tengok muka pun nampak macam orangnya sombong. Tapi sebenarnya dia baik sangat2. Dia marah kalau orang buat bising dan tak serious nak belajar. Aku pernah tegur dia time rehat. Dia senyum balik. And dia banyak curahkan ilmu akaun dia and i've got an A for account (:

BM - Cikgu Rahim : Even dia macam tak berapa kenal aku and nisya tapi dia ajar okayy . Apa yang aku boleh cakap, he is the best ever cikgu bm!

Sejarah - Mr. Daiva : Cikgu yang sangatlah suka bagi soalan mengejut dekat aku and nisyaa. Jangan pandang mata dia, nanti dia terus attack suruh jawab soalan. Dah la soalan dia banyak kena fikir sendiri.
Yanggggg paling aku tak boleh lupa dia cakap,

" .....(apatah nama) membawa sabun pencuci dan segala jenis klorok untuk membersihkan namanya di negeri itu " *something like that but if u heard for the first time , surely its sound sooooo funny ! :D

Ekonomi Asas - Cikgu Mahani : Satu-satunya bunga di kasturi. Cikgu yang sarat dengan cerita dan pakar dalam semua bidang. Maths, agama, bm, ekonomi dan subjek ting.6 pun dia ajar. Banyak knowledge dia yang dia kongsikan . Thanks alott cikgu. Dan aku tersangat frust bila tadi time bagi card dekat dia, terlupa nak minta fb diaa. Haihhhhhh ):

* cikgu , saya akan ingat cikgu bila saya tengok duit. RM , ringgit MAHANI :P

Maths - Mr. Khoo :Cikgu yang paling rajin gilaaaa ! Even dalam kertas tu ada soalan dia pergi salin jugak soalan tu dekat white board dan kirakan jawapan. Lepastu bila dah habis dia akan padam sampai bersih. Dia tak menyusahkan orang yg kerja kat kasturi tu untuk lapkan papan putih. He's a good teacher. I really mean it. Dannnn saya akan ingat cikgu bila cikgu tengok kawan saya punya ice blended ade pearl, cikgu kata macam baby crystal yang boleh beranak2 tu. Aduhai u look so innocent.

## Kepada semua cikgu yang telah mengajar saya tak kiralah cikgu sekolah atau tuisyen , terima kasih banyak2 kerana telah mencurahkan segala ilmu kepada saya dan anak2 murid yang lain. Memang jasa seorang guru tidak boleh dinilai. Semoga Allah membalas jasa2 semua cikgu.

> maybe last entry before spm so cakap siap2 eheee . hmm kayy semoga semua calon spm dapat buat yang terbaik dan mendapat keputusan cemerlang. InsyaAllah :D

salam kasih dari saya,

NOR AZZATUL AKMARISHA 
    




Older Post . Newer Post