Norazzatulakmarisha@}--

saya lepasan sekolah menengah
Wednesday, December 7, 2011 | 0 comment(s)
السلام عليكم ,



*click untuk besar*

Jam 4.30 petang selepas pengawas peperiksaan mengutip kertas ekonomi asas 2 , aku tersenyum lega. Air mata juga aku tahan supaya tidak tumpah di situ. Sungguh aku akan rindu semua ni. Untuk terakhir kali aku menyarung baju sekolah , kasut sekolah , menggalas beg sekolah.

Lepas ni aku akan menghadap dunia luar yang aku sendiri tak tahu bagaimana. Aku tidak bersedia sama sekali. Tidak pernah terlintas sedikit pun di hati , yang aku akan meninggalkan zaman sekolah yang amat2 seronok.

Masih ingat lagi sewaktu aku di tadika , aku lihat ramai budak2 sebaya aku menangis kerana takut ditinggalkan ibu bapa mereka. Aku hanya melihat. Aku tak banyak cakap ketika itu. Aku tidak tahu dunia persekolahan bagaimana. Aku takut , tetapi emak hanya menenangkan aku dengan berkata,


"mula mula je tak biasa, lama2 kakak mesti seronok"

memang betul. aku seronok pergi ke sekolah. semakin hari semakin ramai kawan2 aku. aku belajar macam macam. di sekolah bermula lah titik permulaan kisah hidup sehinggalah masuk ke sekolah rendah.

Sekolah rendah bagi aku hanyalah biasa kerana banyak kenangan pahit yang aku lalui. Setiap hari lebih kurang aku akan ditinggalkan bas. Aku akan dibuli supaya tidak boleh pulang. Aku selalu kena marah dengan ketua kelas dan macam macam lagi.

Teringat suatu hari semasa aku berada di tahun 3, entah kenapa lepas kena marah dengan ketua kelas aku menangis. Bersungguh aku menangis. Ketua kelas dah cuak dan takut then akhirnya dia bagi aku duit rm1 haha. memang kelakar. tapi pada masa tu aku bukanlah mata duitan. aku rasa duit tu tak penting sangat. jadi aku tak ambil *poyo*

masuk di sekolah menengah aku terasa macam perangai dah berubah. dengan erti kata lain , 'gedik' . ye aku gedik . gedik budak baru nak kenal dunia remaja. ha macam tu lah. tapi bila dah naik tingkatan dua , aku mula disedarkan dengan kehadiran pmr. sebelum ini aku tidak mengambil pusing soal pelajaran. result upsr pun biasa je.

aku kuatkan diri. tekadkan azam. berusaha untuk memajukan diri sendiri. boleh dikatakan di ting. 2 aku bergaul dengan budak2 yang rajin menelaah pelajaran. Start from that, aku rasa ..


' aku kena belajar. aku boleh buktikan dekat semua orang yang aku boleh !

alhamdulillah aku berjaya mendapatkan result yang baik. di ting. 3 aku mula menggiatkan usaha untuk bersaing dengan budak2 kelas lain. dan aku berjaya buktikan dengan result pmr aku. walaupun tak dapat straight A's tapi itulah yang paling terbaik aku dapat since ting. 1 hingga ting. 3


form 4 pulak , aku dapat aliran sains which is memang luar minat aku. dah. la takde confident nak bawak subjek2 tu. aku buat keputusan nak tukar kelas, dari 4 belian ke 4 jati . alhamdulillah all went well. sampailah ting.5

and now i have just finish my studies at secondary school.

sekarang ni bermulalah kisah hidup di dunia luar . eh belum teroka dunia luar . now im still penanam anggur (:

Gonna miss my school so much . Love my classmates , 5 jati's

Saujana is always in my heart <3




Older Post . Newer Post