Norazzatulakmarisha@}--

Akhirnya penantian berakhir jua
Wednesday, March 21, 2012 | 0 comment(s)
السلام عليكم

Pandanglah orang yang lebih rendah dari kamu dan janganlah memandang kepada orang yang diatasmu supaya kamu tidak memandang kecil nikmat Allah ke atas mu - HR Bukhari dan Muslim.

*gambar takde kena mengena -.-*

 Alhamudulillah alhamdulillah dan alhamdulillah. Ucapan tu tak sebesar dengan pemberian Allah yang sangat besar buatku hari ni.

Tepat jam 11 aku sampai di sekolah. Dengan perasaan yang bercampur baur, aku berusaha menguatkan hati untuk menerima apa jua keputusan yang aku akan dapat.

Dann saat yang dinantikan sudah tiba. Aku duduk bertentang. Berhadapan dengan guru kelas aku. Cik Choong Chiew Har.

"What's your name?"

errrr k dia dah lupa nama aku...

"Saya Nor Azzatul"

Cik Choong mencari slip peperiksaan aku. Sementara dua orang lagi pengawas sedang mengambil sijil dan entah apa lagi ..

Sign itu. Sign ini.

Cik Choong menghulurkan tangannya. Aku dengan blur nya menyambut huluran tangannya. And she said, "Wah sejuknya tangan. Congrates!" sambil tersenyum.

Aku mengambil slip dan tengokk..

"Arghh betul ke ni?" Dan masa tu aku tak peduli mata mata yang menjeling. Ah biarlah orang nak kata apa. Aku terkejut. Sangat TERKEJUT!

Satu dua tiga empat lima enam tujuhh..  A!

Alhamdulillah. Air mata ni memang payah nak dengar kata. Mengalir jugak walaupun dekat rumah aku dah janji tak nak nangis tapi finally.. Haihh.

Aku turut gembira sebab kawan2 aku ramai yang berjaya. Alhamdulillah. Inilah berkat usaha kita belajar selama ni :) 28 April ni ade Anugerah Cemerlang. Dan untuk pertama kalinya aku dapat menjejakkan kaki di atas pentas saujana. Ya Allah gembira sangat sangat :) Last dulu merasa amik sijil dan hadiah time sekolah rendah jeeee.

InsyaAllah aku akan sambung belajar lagi lepasni. Kalau dapat masuk maktab lagi bagus :)




Older Post . Newer Post