Norazzatulakmarisha@}--

Hikmah itu ada di sebaliknyaa
Monday, March 19, 2012 | 0 comment(s)
السلام عليكم



Hari ni aku off. So aku berpeluang untuk mengupdate blog ini sekali lagi. Alhamdulillah Allah masih memanjangkan hayatku. Pada pagi yg nak dekat tengahari ni, aku sengaja mengupdate blog. Ia adalah untuk melepaskan segala yg tersirat dan tersurat.

Semalam aku tak tahu kenapa. Dan mungkin memang nasib aku. Dan aku juga mengaku kesalahan dan kecuaianku. Aku terima voucher yg sudah expired. Well mula mula memang aku tak perasan tahun tu. Bila time buka balik nak cop, baru aku terperasan and guess what should I feel bila tengok ade 7 keping voucher RM10 yg terang lagi bersuluh menunjukkan angka 2011. And I feel, Oh my Allah :'( Persoalannya, adakah aku harus dipertanggungjawabkan untuk membayarnya? Argh tidakkk ini gaji pertamaku. K jiwa kacau habis~

Menangis? Perlukah aku menangis di atas kesalahanku sendiri? Yee memang pada asalnya terasa kelam pandangan dan tubir mata mula digenangi air suam. *tapi sikit je lah* K customer pun masih ramai lagi. Aku cuba tahan. TAHAN!

Bila supervisor, manager dan semua cashier tahu, aku hanya diam. Tak berani nak mengeluarkan suara. Pihak atasan cuba mendapatkan contact number customer tersebut supaya dia hadir menjelaskan wang tunai. Tapi bila difikirkan secara logiknya, memang mustahil kalau dia nak datang kan. Kalau dia tak datang, maka secara rasminya aku lah yang kena bayar RM70 :( So what can I do now? Just pray to Allah.

Esok aku full. Aku berharap agar selepas ini tidak berlaku lagi sebarang kesilapan. Apa yg berlaku ni memang betul2 jadi pengajaran buatku agar lebih berhati2 selepas ni.




Older Post . Newer Post